Friday, September 20, 2019

Kekosongan Jawatan Penolong Eksekutif Teknologi Maklumat

 
   

 

National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) yang ditubuhkan pada 27 Januari 2012 adalah merupakan sebuah konsortium institut-institut bioteknologi kebangsaan dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) beroperasi sebagai syarikat berhad dengan jaminan tidak bermotifkan keuntungan untuk menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden di dorong industri masa kini dan masa hadapan bagi pembangunan ekonomi negara. Konsortium ini terdiri daripada tiga institut iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di Serdang, Selangor, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) di Gelugor, Pulau Pinang, dan Institut Genom Malaysia (MGI) di Bangi, Selangor. NIBM mempelawa individu-individu yang dinamik, bercita-cita tinggi dan bertanggungjawab serta bersedia untuk bekerja keras menyertai organisasi kami bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

Bil.

Jawatan

Kelayakan

1.

Penolong Eksekutif Teknologi Maklumat

Institut Genom Malaysia (MGI)

(Jawatan Tetap)

Mempunyai kebolehan seperti berikut:

 

1.      Membangunkan sistem aplikasi dalaman Institut Genom Malaysia;

2.      Membantu kerja-kerja penyelenggaraan sistem aplikasi di Institut Genom Malaysia;

3.      Merekabentuk Grafik mengikut keperluan Institut Genom Malaysia; 

4.      Membantu dalam pengurusan dan penyelenggaraan peralatan komputer Institut Genom Malaysia;

5.      Membantu dalam aktiviti-aktiviti penyelenggaraan, pemantauan dan keselamatan rangkaian LAN dan WAN secara optima di Institut Genom Malaysia;

6.      Membantu dalam urusan penerimaan dan implementasi sistem baru di Institut Genom Malaysia;

7.      Membantu dalam mengurus dan mentadbir sumber ICT di Institut Genom Malaysia;

8.      Membantu dalam memberikan khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam penggunaan peralatan dan aplikasi Institut Genom Malaysia;

9.      Menyelia ‘helpdesk’ di Institut Genom Malaysia;

10.  Terlibat dalam proses perolehan berkaitan IT;

11.  Membantu sesi fotografi – latihan,  bengkel, seminar, lawatan dan acara MGI;

12.  Melaksana tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

 Kelayakan dan pengalaman:  

 

1.      Warganegara Malaysia;

2.      Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Sains Komputer dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat atau kelulusan lain yang setaraf dengannya;

3.      Mempunyai pengalaman bertugas sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang yang berkaitan;

4.      Mahir dalam menyelenggara dan membaiki komputer dan sistem rangkaian;

5.      Mahir dalam merekabentuk grafik dan tugas berkaitan multimedia.

 

 

Calon-calon yang memenuhi keperluan dan syarat-syarat kelayakan yang tertera di atas dijemput menghantar resume yang lengkap dengan menyertakan butir-butir peribadi, kelayakan serta pengalaman, nombor telefon untuk dihubungi, salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

 

 

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,

NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA,

Pejabat Pengurusan Korporat, Aras 2,

Kompleks Agro-Biotechnology Institute (ABI),

d/a Ibupejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor.

Tel : 03-8949 5687

 emel: recruitment@nibm.my 

 

 

 

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Tarikh tutup permohonan: 19 April 2017